About Me

My photo
Ilmu Pelita hidup D20102041916 (ELS01) Lecturer: Pn. Saira Banu Bt Omar Khan

Monday, 28 November 2011

Makanan-makanan tradisional semasa perayaan

 Makanan utama sempena Hari Raya Aidilfitri
Ketupat

Rendang


Lemang

Aktiviti semasa perayaan


Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, selepas sembahyang sunat Aidilfitri di masjid, penganut Agama Islam akan saling kunjung-mengunjungi, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan disamping, menjamu selera dengan pelbagai juadah istimewa yang disediakan. Adat menziarahi pusara juga merupakan salah satu aktiviti yang menjadi kebiasaan umat Islam.

Pada malam Tahun Baharu Cina, penganut Agama Buddha berkumpul bersama ahli keluarga untuk menikmati makan malam bersama. Ahli keluarga akan mendapat angpau daripada orang tua mereka.



Penganut Agama Hindu iaitu kaum India selain meraikan Hari Deepavali dengan pesta pelita yang penuh bercahaya dan sembahyang di kuil, aktiviti membuat Kolam di halaman rumah masing-masing adalah adat kebiasaan mereka.

 

Bagi penganut Agama Kristian yang terdiri daripada pelbagai kaum, semasa Hari Krismas mereka akan pergi ke gereja dan sembahyang beramai-ramai sebelum berkunjung ke rumah saudara mara. Bagi kanak-kanak pula menerima hadiah daripada ibu bapa dan Santa Claus merupakan aktiviti yang sangat dinanti-nantikan pada Hari Krismas

Kaum utama di Malaysia dan pakaian tradisional

 Kaum Melayu

Baju Melayu dan Baju Kurung



 Kaum India

 Baju Sari






Baju Dhoti

 Kaum Cina

Baju Cheong Sam



Baju Samfu

Jenis perayaan utama di Malaysia

                                  
 
Hari Raya Aildilfitri
 
 
 
Deepavali



 
 
Tahun Baharu Cina

 
Krismas